Tuesday, December 13, 2011

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”- Riwayat Muslim


sampai hari ini, aku masih lagi mengungkapkan perkataan 'kalau' walaupun telah dilarang oleh sabda Rasulullah ini. Apa yang pasti astaghfirullah al azim, ampunkan dosaku Ya Allah, kerana kesilapanku atas tidak menyedari bahawa setiap yang ditetapkan dan yang telah berlaku, sama ada baik ataupun buruk itu telah ditetapkan Allah. Allah jualah maha perkasa. setiap yang berlaku ada hikmahnya. ada kemanisannya di setiap yang menimpa, semestinya umatnya harus betul-betul bersangka baik akan qada dan qadar Allah..


merenung..


salah satu tabiat yang kurang baik, tetapi Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, aku amatlah berdosa terhadapMu. Jika ujian kesakitan dan penderitaan kecil ini yang kau ujikan padaku ini untuk menguji dan menyucikan diri dari dosa lama, aku benar-benar redha dengan ketetapan ini. aku terlalu berdosa. dan dengan dosa inilah telah mengajarku erti kehidupan sebenarnya. Alhamdulllah Ya Allah. ada juga kata-kata dari pengalaman sendiri mengatakan, 'kadangkala pengajaran tidak dapat dipelajari tanpa merasai, setelah melakukan kesilapan dan mempelajarinya, maka itulah sebaiknya..'


walaupun semua yang jadi hari ini mengajarku banyak maksud tertentu, dan nescaya, Allah itu maha adil..


hari ini..maaf seribu kemaafan kepada awak..


sebelum ini, kawan saya sudah pun dijemput bertemu Allah SWT, kawan yang juga mempunyai masalah kesihatan seperti saya, dan juga meninggal disyaki kerana kegagalan paru-paru berfungsi, menyedarkan aku, untuk lebih dekat padaMU Ya Allah. benar, apa yang dirasai si arwah juga dirasai olehku..hari ini, ampunkanlah segala dosaku wahai sahabat dan juga kenalan, halalkan semuanya untukku jika ada sebarang hutang dan juga kesalahan..